Laman Utama
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE INDONESIA
Ditulis oleh Admin   
Ahad, 11 Januari 2009 23:28

 


KUMPULAN PEMBINAAN TEORI DAN EPISTEMOLOGI ALAM MELAYU, ATMA

 

12-21 Disember 2008

 Latar Belakang

Program lawatan ilmiah ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan GUP Kumpulan Pembinaan Teori dan Epistemologi Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ilmiah dilaksanakan dalam bentuk seminar, ceramah, dialog dan diskusi dengan para ilmuwan, ahli akademik dan pelajar-pelajar di beberapa universiti di Indonesia. Tema yang diwacanakan pada kali ini adalah ”Dewesternisasi dan Islamisasi Ilmu Pengetahuan Kontemporari”. Kumpulan yang diketuai oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor ini sedang melaksanakan penyelidikan GUP (Geran Universiti Penyelidikan) tentang “Unsur-unsur Rasional dan Saintifik dalam Pemikiran Melayu”. Selain dari itu antara tujuan utama lawatan ini juga adalah memperolehi manuskrip yang sedang dikaji oleh kumpulan ini iaitu karya-karya utama dalam pemikiran dan epistemologi alam Melayu yang awal. Kajian perpustakaan dilakukan di perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Sejumlah karya-karya ilmiah penting juga sempat dibeli dari beberapa toko buku di Bandung dan Jakarta.

 

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 12 Januari 2009 06:46 )
Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

Muka 3 daripada 3

Pengumuman

Undian

Apa Pandangan Anda Terhadap Website ini
 

Statistik

Hit paparan Kandungan : 7990

Tetamu

Kami ada 2 tetamu online