Laman Utama Profil
Profil

 

 

KUMPULAN PEMBINAAN TEORI DAN EPISTEMOLOGI MELAYU

PENGENALAN

Epistemologi merupakan unsur yang amat penting dalam peradaban sesebuah bangsa. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai epistemologi yang kukuh tidak akan mampu membina peradaban yang mapan. Persoalan epistemologi adalah persoalan asasi yang perlu diselesaikan sebelum sesuatu tamadun dapat dibina. Oleh itu, fungsi utama penjanaan ilmu di ATMA ialah membina teori dan epistemologi Melayu dalam acuan sendiri sesuai dengan misi UKM. Tujahan ini sudah pun aktif mendalami bidang pembinaan negara-bangsa, identiti serta saling impak tamadun, khususnya tamadun selari dan dampak Islam ke atas Nusantara. Terkini ialah tokokan tujahan dalam pembinaan teori dan epistemologi pemikiran saintifik Melayu serta pemikiran Islam tercetus dari Dunia Melayu. Bidang kajian kelompok ini ialah seperti berikut:

 

  • ·         Teori Pembinaan Bangsa
  • ·         Epistemologi dan Pemikiran Saintifik Dunia Melayu
  • ·         Dampak Islam ke atas Dunia Melayu
  • ·         Teori Persekitaran, Hunian dan Lingkungan Hidup Melayu
  • ·         Transformasi Ekonomi Pesisiran Melayu
  • ·         Dekolonialiti, Sekularisasi dan Islamisasi Alam Melayu.

 

OBJEKTIF

Kumpulan ini dibina dengan matlamat dan tujuan berikut:

·         Mengkaji dekolonialiti, sekularisasi dan Islamisasi dalam bidang-bidang pemikiran dan keilmuan.

·         Mengkaji hubungan pandangan alam dengan pemikiran dan ilmu pengetahuan serta perkembangan kemasyarakatan dari sejak zaman dahulu sehingga sekarang

·         Meninjau peranan Islam dalam perkembangan pemikiran dan keilmuan Melayu serta pengislaman unsur-unsur pra Islam dan unsur-unsur moden

·         Mengkaji aliran-aliran pemikiran dan epistemologi semasa dalam pelbagai bidang dan dari pelbagai sumber budaya dan tamadun dengan mengambil kira kesan-kesannya samada baik atau buruk ke atas pemikiran dan epistemologi Melayu.

·         Mengkaji pandangan tokoh-tokoh dari luar seperti Cina, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain tentang pemikiran dan keilmuan Melayu.

PROGRAM

·         Mengadakan seminar antarabangsa, serantau, dan kebangsaan.

·         Mengadakan siri Wacana Pemikiran dan Epistemologi Alam Melayu (Wacana Fikir ATMA)

·         Menyelia pelajar-pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pemikiran dan epistemologi Alam Melayu.